Current Update:
ready to work....

Sunday, November 24, 2013

hajat yang paling diinginkan

assalammualaikum...

hai korang dah lama ika tak update blog kan. yela sejak masuk degree ni ika sangat-sangat lah buzy sampai masa cuti pun tak ada huu. jadual kelas pun pack dari pukul 8.30 pagi sampailah pukul 5.30 petang. ada gap pun sejam je huu. penatnyeee.. balik rumah je ika nak uruskan si comel ika marisa and momo. lepas tu makan abah and adik-adik. yela mak ika kan keje kat genting sebagai pensyarah so dy kene lah duduk sana dapat jumpa pun hari jumaat malam sampai ahad petang paling lama sampai subuh isnin huu. penatnyeee... yela ika kan kakak so semua kerje sebagai emak ika la amik alih huuu..

cakap pasal si comel ika si marisa and momo kan ika dah ada kucing baru lepas tom pegi ke rahmatullah huuu.. rindu tommm....name dy Bella, betina and kucing siam. tak bertuan pulak tu. si sayang ika la yang bagi hee... sebab ika asik bising dekat dy lepas anak-anak kucing ika mati tom pulak mati ika makin sunyi nak dengar bunyi kucing mengiau ramai-ramai, tengok diyorang main ramai-ramai. huuu... so haritu si Bella datang ke sygg ika. dy ikut je sygg ika pegi mane mane, minta makan and nak main. terus sygg call ika suruh amik. sygg ika ni jenis penggeli bukan geli kucing atau haiwan berbulu. bukan yang itu. dy geli macam kene geletek yup macam itulah heee.. so ika pun bergegas la jadi fast and furious ke rumah sygg nak amik bella. sangat cantik tapi ada kecacatannya. mata sebelah juling ang tenggelam sikit. tapi tak apalah kurniaan Allah....

family ika pun tak kisah ika bela kucing banyak-banyak and walaupun kucing buangan. sedangkan abah ika and mak ika asal nampak je kucing terbiar tambah-tambah anak kucing dy suruh amik. tula masalahnye...kewangan tak mengizinkan dan kawasan nak menjaganya tak de huu...

ajuk yang ika tujis kat atas tu kan sebenarnya hajat untuk kucing jugak huu. ika dah lama sangat simpam hajat ni. tambah-tambah sygg ika pun ada bela haiwan. dy bela guinie pig. makin banyak dan makn besa dyorang. pun ruang tak mencukupi huu dan juga masalah kewangan. ika pernah terpikir nak beli satu rumah yang ada taman keliling, nak sangat-sangat. bukan sebab nak rumah besar bukan yeee....jangan salah faham....

sebabnyeeee.....ika nak buat rumah untuk kucing-kucing ika and guinie pig si sygg huu. lepas baca blog http://kakimotong.blogspot.com, ala blog tentang kucng yag kudung kaki depan tu Hero namenye...sedin dapat tau Hero dah tade huuu....ada selingan di situ hee.. ika terus tambah semangat nak capai juga hajat nak buat rumah tok kucing. ika nak bela kucing banyak-banyak and nak bagi dyorang gemok and gebu macam marisa and momo ika. heee dyorang makn hari makin tembam geram! sedap je pelok kucing-kucing ika walaupun berat heee. berat-berat pun aktif gile tau...huuu...

ika dah siap fikir design rumah tu macam mana. interior dy macam mana. huu walaupun duit banyak kene keluar ika peduli ada. orang kata kalau kita habiskan duit untuk haiwan suci macam kucing lagi lah rezeki kita tambah. insyaallahhhh.....amminn... lagi pun ika suke duduk berjam jam menghadap kucing main dengan dy...tido dengan dy...ermmm...geramnyee...huuu 

pernah sekali zaman tom ada. tom exiden time tu ika bawak dy pegi klinik and tom dapat ubat. ika cukup jaga waktu makan and ubat tom. sampaikan mama ika cakap...
"mak tengok akak ni jage kucing dah macam anak sendiri, bagus lah nanti dapat rezeki and rahmat allah..tak kisah la kalau akak dah ada anak nanti. kucong punjage macam anak sendiri." huu dah terlajak mama tu hee. 

Yaallahhh....kau tunaikan lah hajat aku ini...kesian ika tengok kucing-kucing terbiar tambah-tambah anak kucing huu...insyaallah dengan izin Allah ika akan tunaikan hajat ika ni.. 

tu jela ika nak bagi tau sebenarnya huu...ika tengah break jup dari buat assignment 2 hari berturut-turut huu.. penattt... nak sambung balik..

tata ^_^.

thanks.bubye.tata.

Wednesday, October 02, 2013

Quotation hingga hujung tahun 2013



VIDEOGRAPHY PROMOTION

2 Event :Nikah dan Sanding
+2 Videographer
+1 Fully event video 
+1 Custome DVD casing
+2 Highlight video
+Free outdoor shot


Inginkan video yang menarik untuk majlis perkahwinan anda?

Video perkahwinan yang boleh disimpan sehingga akhir hayat anda.

Harga biasa RM1,499

PROMOSI RM1,299 sahaja untuk pakej videografi perkahwinan.


**tertakluk pada terma dan syarat



Hubungi kami di :
012 589 7607 (Shahrin)
017 569 7234 (Amirul)

FB : facebook.com/FunsoneStudio / facebook.com/truelovepicture






thanks.bubye.tata.

BSC201B

assalammualaikummm...

hai fellas...

ika nak tulis ringkas je. just nak bagi tau yang ika dah mula busy balik. sangat-sangat busy. ika dah sambung belajar degree tau. huu tu yang payah tu banyak sangat project nye. dah la ada 11 subjek pulak tu huu sedihnye dan penat melampau hurm.

ika sambung dekat kolej yang sama masa ika diploma dulu. Kolej Poly-Tech MARA-Ipoh, tapi dekat bangunan baru dekat greentown. bangunan tu khas untuk student degree ok. tak de lah serabut sangat nak berebut tempat dengan student diploma yang berlagak perhhh! bajet! HAHAK! ha amik kau....  hee.. ika amik course multimedia computing. program ni banyak sangat programming weeee~~ my favorite subject heee. insyaalah lah tak ada masalah dengan subject ni dan yang paling santai subject adalah CDGD Concept Development for Game Design. maknenye kelas ni banyak main game dan akan buat game sendiri nanti. perhhh! terbaik lah.... 

oklah itu je yang ika nak update, kate pendek je kan, heee. 

papai .^_^.

thanks.bubye.tata.

Sunday, September 15, 2013

selamat tinggal sayangku tom...

assalammualaikumm...

hai korang ingat ta ika ada cerita pasal kucing-kucing ika minggu lepas. sume cerita happy je kan. kali ni ika ada bad news and fresh lagi cerita ni.

ingat tak agi tom...




dy baru je mati tadi...dalam pukul 1:47 petang tadi. dy mati depan mata ika and ika sangat sedih sekarang ni. still menangis ta behenti dari tadi. 

tadi waktu yang sama ika tengah basuh kereta dengan adik ika dekat luar, tom pun ada sekali dekat sebelah ika time tu. ika smbang dengan dy and dy jawab, lepas tu dy lari ke padang depan rumah ika. beberapa minit kemudian ika dengar bunyi moto and tom. ika terkejut tengok motor tu 2 orang indu bawak laju and langga tom, ika nampak tom mengelejat sakit and lari ke rumah jiran. ika panggil tom dy tak jawab dy duduk dekat tayar kereta jiran tu. ika ingat ok sekali ika tengok dy kencing merate. ika dah rase lain macam sekali tengok dy duduk, ika rilex lagi tiba-tiba....

"akak mehsini tengok tom kejap....dy dah baring tu, kamu g amik dy tengok..."

ok ika dengan pantas panjat rumah orang sebelah, nasib ta de tuannye. ika tengok dy dah nafas teruk sangat ika tarik dy and tengok dy dah terkulai sakit. dy kena gilis sebab bila ika angkat dy dy bising sakit. sambil tu ika nangis kuat sangat pangil name dy. ika menjerit suruh adik ika bawak masuk rumah. dy bawak and panggil abah and mama ika. tom mengerang kuat ta pernah denga dy mengerang macam tu. ika dah tak berdaye nak lompat kerumah ika balik. kaki ika dah tak kuat tengok anak @ kucing kesayangan ika macam tu. ika kuat kan diri lari ke depan pintu rumah, adik ika letak dy dekat situ. and dekat situ jugak ika menangis terduduk atas lantai. dah tak tau nak cakap apa. ika cek badan dy tak ada luka bila pegang belakang dy dy mengerang sakit lagi. lepas tu tibe-tibe dy menggeletar kuat...rupanya Allah tarik nyawe dy mase tu, ika pe lagi menjerit la sambil menangis macam air terjun huuu...

tom...jangan nakal dekat sane ok...i'll miss u sygg... ika dah tanam dy dekat padang depan rumah. 

ika asik teringat dy pagi tadi. dy keluar sangkar terus masuk rumah ke bilik ika. dy pelik sangat pagi tu. terlampau manje and duduk baring kat peha ika. itu kali terakhir ika tengok dy manje. 

tom si manje, nakal, penyayang, suka baby, hero ika. paling ika ingat ekor dy yang panjang and dy ta suka orang usik eko dy. muke dy macaam pakai topeng muka. 

tomm...mami dah start rindu syg...syg tau marisa bising bila tom tak de...miko pun same..


huu ikaa..sabar ok..ingat pesan si sygg...jgn nagis dah tak ada rezeki nak buat macam mane...dah sampai masa dy.. abah cakap apa ika... ingat...tak elok nagis dy dah tak ada...ok ika cuba tahan... ika dah start sakit kepala. ika tak boleh menangis sebenarnya nanti ika pengsan... huu  

oklah ika nak rehat...


pic saat kematian tomm... sian anak mami... babai sygg... ('';)



thanks.bubye.tata.

Sunday, September 08, 2013

all about my baby -part 2

hahaha....sambung balikkk nak cerita pasal kucing kedua lak...

Second...
MARISA

ingat lagi yang ika cerita pasal dy baru bersalin dulu... dan ini anak dy bila dah besar 




ini lah dy anak pertama marisa. QASYA namenye.. si putih aktif dan suke lumpat and jalan macam rabbit. mentag mentang ekor dy same macam rabbit hee.. ni pun maje sangat dan ika suke bunyi dy bila dy mintak makanan and lapo. dy suke duduk dekat kaki ika bila ika duduk. tapi semua tu hanya tinggal kenangan hurmmm...teringat qasya. dy dah HILANG. tak tau ke mana langsung tak dapat dikesan dari saat dy hilang tu. dan ika langsung dy hilang. time tu ika keluarkan dy dari sangkar dy bising nak main. so ika keluarkan dy, ika masuk kejap tak sampai berapa saat pusing belakang dy hilang. panggil pun tak datang balik. selalu bila panggil dy akan datang balik...tapi terus tak ada. jenuh seminggu ika cari dy. paling sayu ika asik janji dengan qasya nak mandikan dy first raya. yup! dy hilang seminggu nak raya. and time first raya pun ika still cari dy dekat area taman ika. cari dengan si syggg sampai lah semalam abah ika asal jumpa kucing putih je dekat taman dy suruh ika prgi tengok. ika rase teruja just for a momment. sebab semuanya bukan dy. 

ika nak sangat dy balik sini. sangat sayang dy hilang sebab dy sangat lain. bulu tebal dan lembut. bersih putih macam baju sekolah canggih baru. hurmm... paling teringat pasal dy. dy suka jadi pomen kereta. dy suka masuk dalam kereta dan bila panggil keluar dy datang dan badan dy sebijik macam pomen penuh hitam heee.. tapi dy pandai bersihkan sendiri. tapi semuanya tinggal kenangan. hurmm  



you see...owhhh so adorable my baby huuu.. ni lah pic terakhir ika tangkap sebelum dy hilang. time ni dy demam so tu dy diam je huu tak bermaye.. rindu qasya... dalam bilik ika ada whiteboard dan ada tulis tarikh lahir dy. 15 April 2013 pukul 5 pagi. sedihnyeee..... 

nilah kucing ika yang ke tiga.

Forthh...

sebenarnya beberapa hari sebelum qasya hilang dy ada adik-adik baru lahir 5 july 2013 pukul 8 pagi dan qasya sangat sayangkan adik-adik dy. semuanya ada 4 ekor. kembar pulak tu, 2 jantan 2 betina. kenapa ika cakp kembar.


ini betina. atas tu ALLY dan bawah tu KIKI.

nampak tak dua ekor yang warna oren tu. itu jantan, yang tengah gemok tu MOMO dan yang belakng tu MIKO. comel sangat.... time ni dyorang dah besar and tengah main.

yang sebenarnya sekarang just tinggal seekor je yang gemok tu momo. yang lain dah tak ade huu. sakit apa tak tau. unexpected sakit dy. dyorang tak makan rasanya sebab sangat kurus. marisa tak bagi susu atau dyorang yang tak nak makan. tak nampak yang dyorang sakit teruk sebab time dyorang sakit still main macam sihat. tibe tibe seko seko mati selang beberapa hari. mula-mula ally, beberapa hari kemudian kiki esoknye miko. memang kali ni ika nangis puas-puas sebab dah tak sanggup nak tahan nagis huu. rindu tengok kembar ni main and tido. bila dyorang main and tido mesti berpasangan. si ally dengan miko, kiki dengan momo. huuu. comelnyee bila teringat dyorang time tu huuu... ok dah nanti menitis air mata.

sekarang ni momo



dak gemok tembam yang nakal ni. kacau ika tengan on9 heee. si momo. pengubat rindu ika dekat qasya. sebab gaya dy and perangai dy hampir macam qasya. sampai mama pun cakap....

"sebijik macam qasya...kalau qasya ada ni mesti seronok tengok dyorang main..kesian momo main sendiri"

huu...tiba-tiba TUMMMM...TAMMM.... hati luruh teringat qasya huuu. yang comelnye si momo ni dy suke diri dan duduk. paling comel and ika tak dapat nak lupa sekali bila si sygg ika letak momo dekat peha dy. momo duduk macam kita letak baby duduk atas riba. arghhhh....! geram. lagi satu bila kita lajan dy suka lari dan lompat dekat betis kita. kalau kita pakai seluar panjang dy akan kekal dekat betis kita sambil kita jalan huu. geram dengan momo. kuat makan pulak tu dan sangat bisingggg... tambah-tambah nampak ika punyelah nyaring suara dy. bila pegi dekat dy, dy hulurkan tangan dy. rupenye dy nak kita usap dy, bila ika usap dy aduhhhh...dy buat muka manja and baring tepi kita huuu... rase nak gigit je huu.. geram hee... 

kucing ika ni semuanya saling sayang menyayangi. tambah-tambah tom. kalau ada je ank kucing baru dy dulu terpa tolong marisa bersihkan anak-anak kucing ika bila kecik. selalunya kucing jantan akan makan anak kucing kan tapi tom tak langsung. dy sangat sayang anak kucing. 

so sini jelah entri ika kali ni. insyaallah kalau ika tak buzy ika akan update lagi. ika update ni pun sebab mama yang suruh dok pakse-pakse ika huu... so inilah ke 7 kucing ika....


oh ye! ika 21 sept ni dah start blaja balik. ika sambung degree dekat tempat yang same je KPTM-Ipoh sebab ika dapat belajar 2 tahun je kat situ. kalau dekat tempat lain kena 3-4 tahun huu. ada cerita lagi nanti ika update. tunggu jelah samaada pasal kucing atau si sygg ika yang tembam hee.. 

dari tadi ika panggil si syg tembam kan. yela sygg ika dah tembam heee. dah macam bear-bear hidup dah hee. apa pun thank you so much syggku..dy lah yang slalu tolong dan
sedapkan hati ika bila ika ada masalah macam anak-anak kucing ika macam ika cerita tadi. ayat dy...

"tak pe lah...tak ada rezeki lah tu, nanti ada lagi jage leklok ok"

ok sayanggg ^_^

oklah ika nak out dulu
babai...



thanks.bubye.tata.

all about my baby -part 1

assalammualaikum...
hai fellass....

fuhhh! agak berzaman dah ika tak update blog ni kan. sampaikan laptop ika pun dah berhabuk heee. tak ada masa nak mengupdate blog dah huu.

ok ika nak straight foward je sekarang huu.. jangan lah terkejut dengan tajuk ika harini. ika nak cakap pasal kucing ika tu lah baby ika. ika tak kawin lagi tak kan lah ada anak dah heee. 

ok...

sebenar-benarnya ika dah ada 7 ekor kucing sekarang ni. tapiiiii....tinggal 3 je huuu sedihnyee... nak tau kenape tunggu ika nak cerita pasal seko-seko ok heee...

Firsttt.....



TOM

ika pernah cerita pasal kucing ika yang ini kan. si manje ni hee. tengok la tu katil ika pun dah jadi katil dy tau. tidor macam orang tue. sedangkan tilam sendiri ada tu kat pic yang pertama tu tilam dy. time ni dah sejam dy tido nyenyak sangat sangat. tapi ika suke kacau dia. ika tak sentuh dy pun ok nak kacau. hahaha. care ika kacau dy tido TANGKAP GAMBAR dy tengah tido. ni ada 3 picture kan  maknenye 3 kali ika tangkap pic dy. tiap kali ika tangkap pic dy akan bangun dan marah sangat bising huu. seminit kemudian dy tido balik ika tangkap lagi, dy bangun lagi heee. jahat tak hee.. dy boleh tau kita tangkap pic dy tengah tidur sebab encet ika bila tangkap pic akan bunyi kamera la kan so dy terjaga hee.. that the best story..

now bad news time huu...



did you saw what was on it face huu. itu luka yang dah kering. ika tak nak letakkan pic luka yang teruk masih fresh. ika pun dahbuang pic tu sedih tengok sampai mengis tenok dean mata masa muka dy berdarah meleleh huu. nak tau kenapa ni? huuu. dy di langgar moto yang tak berperikemanusiaan. anjing pun ada atas jalan tu dy tak langgar anak kesayangan ikani jugak dy nak langgo.. nasib ika tak nampak sape yang langgo dy idak kena lah akibatnya huuu. time dy kena ni ika langsung tak perasaan and time tu ika tengah kelam kabut nak keluar dengan famili pegi tengok adik ika dekat asrama. hari sabtu kan huu. ika perasan pun mama yang cakap. ika tengan buzy simpan kucing yang lain sebab baby kucing* and tak perasan tom duduk dalam sangko dy sangat diam.

Mama : hai tomm... akak tak keluarkan tom ke?
Ika : tak de lah dia keluar je, tengok sangkar tak de dy kan.
Mama : habis tu dy tak keluar sangkar kenapa?
Ika : ha! yeke.. (baru perasan..sambil kelam kabut simpan anak kucing)
Mama : kenapa mata tom merah tu?
Ika : merah? (jeng...jeng...jeng)
Ika : Yaallah anak aku.... (tahan air mata) macam mana leh jd macam ni syg...

tom tutup muka dy dari ika huu... sambil mengesat air liur dy meleleh tahan kesakitan... ika tutup pintu sangkar dy dan biar dy urus kan dulu luka dia dan ika masuk dalam kereta terus gerak. seoanjang perjalanan ika menangis dalam kerete huu. sedihhhh... ika ta sanggup tengok dyorang luka walaupun sikit huu. so ika tak sempat nak bawak dy pergi kelinik sabtu tu. ika bawak dy hari isnin, tapiiiii....perh! beratuh sangat panjang huuu. so ika bawak lah tom ke klinik hari selasa. doktor cakap....

"dy ni kene langgar ni bukan aduh, kalau gaduh kulit tak tertanggal, kulit tertanggal makne kene sagat"

ika dah sedih balik huuuu... tanye dy kenapa air liur asik meleleh and mulut dy tak boleh rapat, dah 4 hari tak makan. doktor cek and cakap....

"owhhh...rahang dy dah lari ni sebelah dah naik atas, sebab tu dy tak boleh makan"

so tom pun di cucuk 2 kali huu. nasib lah ada si sygg ika yang tembam itot huu. dy lah jadi mangsa ika. haritu dy jadi PA ika pulak for the first time hee..selama ni ika PA dy hee. lepas cucuk doktor cakap....

"kalau dy tak boleh makan lagi 2 minggu, bawak balik ke sini kita akan tanggalkan 1 gigi taring dy lah"

huu aku yang cakap tak nak kat doktor tu huuu... so bila balik aku letak tom dalam sangkar balik terus dy makan. dy pun tau doktor nak cabut gigi dy hee.. good boy tom heee. finally sekarang tom dah sihat, luka dah kering just mulut dy je senget sikit. tapiiiii....tetap comel. tom sangat senang nak di suap ubat huuu.. ubat dia pun dah habis.... esok dy dah boleh start main balik. yeahhh! hee aku yang suke... yela ika jenis yang tak suka tinggal kan kucing-kucing ika sendirian dekat rumah bila tengah sakit. ika sanggup tak keluar rumah dan menghadap dyorang 24 jam huuu. sampai mama ika cakap....

"akak ni sanggup jage anak-anak dy, nanti tak susah lah bila ada anak sendiri... jaga kucing macam ni Allah bagi rezki melimpah nanti"

huu sampai kesitu pulak mama ika, pasal rezeki tu alhamdulillah la kalau betul....amminnn...

so sini je cite pasal tom. pasal kucing lain ika sambung page lain. sebab entri ni pun dah panjang berjele huu..ika nak pegi tengok anak-anak ika dulu sebelum sambung tulis ok...
tunggguuuuu.......


thanks.bubye.tata.

Sunday, July 28, 2013

latest one...simple update je...:-)

assalammualaikummm.....
haii semua....

dah lama gila ika tak update blog ni huu. bukan tak nak update yek, ika buzy sangat ang tak ada benda nak di update. ika buzy la dah puase ni mesti la kait dengan raye kannnnn... ika buzy buat kuih raya bertimbun huu.. akhirnya siap jugak alhamdulillahhhh... baju raya pun dah siap semalam ika amik kat butik yang ika tempah ritu. hahak gorgeous gitu. 

huu ika dah mula rasa sesuatu. sesuatu yang tak buat ika tak tau nak tulis apa dalam entri kali ni. rase blankk....nulllll.......
..
..
..
..
..

ok dah hee. ika countdown birthday ika weeee~ dah tue dah ika kan huu. tak lama lagi nak jadi isteri orang dah. huu insyaallah tu pun kalau si sygg ika dah sedia. :p  .esok dah birthday ika tapi ika sambut sorang je yela puase kan, nak sambut apanye. si sygg lak tah dy ingat atau tak birthday ika hurmm, sedihnyeeee..... tapiiiiii.......famaly ika dah advance 2 hari dh, dyorang dah sambut birthday ika dlu time buke la. dyorang bawak ika buka pose luar kemarin and semalam dyorang masak perh! sedapppp huu. mama ika ada tanye nak hadiah apa. bila mama tanye semalam ika pause panjang and hilangkan diri heee. mase tu kat AEON Station 18. so ika pusing dalam shopping complex tu nak cari idea huu. ika still tak dapat jawapan sampai sekarang hee. tak tau nak minta apa, ika jenis tak suka nak minta hadiah la huu. biar orang bagi and ika terima dengan ikhlas heee. rase-rase ada tak hadiah esok? hee insyaallah. 

saho dah lepas ni hee baru je azan tadi...korang dah solat ke belom. ha! ika pun nak pegi solat ni. jom la join, nanti ika update lagi yek. insyallah...

kawan ika dah nak kawin huu. jelesnyeee...
hahak menyempat lai hee..
oklah papai :-)

thanks.bubye.tata.

Wednesday, May 08, 2013

seperti yang dijanjikan bumblemeee :)

assalammualaikumm....

hai readers. ingat lagi ta yang ika cakap nak upload pic kereta ika n motor si sygg yang same dan serupa heee.. okay wait n see...


this is my hero motorcycle. motor ni sebenornye 135LC. tau la lelakikan suka menconvert motor huu **habis bahasaku dah jadi rojak pasembor huuu. motor ni katenye dah jadi X1R. katenye lah ika ta tau sangat huu. kalao tengok live view dah sebijik macam big bike huu.. but i like it hee. so rare. 

ok ni si hero punya transport kan heee. ni pula ika punya


ni la bumblebee ika. pasal minat sangat dengan si robort kecik molek berwarna kuning yang bernama Bumblebee sanggup ika keluar duit tok tempah stiker huu **bendenye murah je huuu. setakat ni ini je ika mampu nak buat tok kereta ni. lain lah motor murah sikit barangnye huu. si hero ika dah complete motor dia. ika je tak buat lagi. tak ada ongkosnya heee.



ni lah dia kami punya bumblebee hee. the most things we want for our collection. collection apa? barang couple lah apa lagi hee. jam baru tengah on the way ni. baju dah ada berlambak. cincin dah ada yang sama. keychain ada. apa ke lagi huu. lupe dah bak kata kan semuanye nak same lah heee. si hero lah yang nak sume same katenye nak sedondon je hee.  alhamdulillah la apa yang nak dapat buat masa ni huu. 

oklah tu je ika nak tulis buat masa ni.
ika dah habis practikal ni malas lak nak tulis nak rehat je huu. 
oklah papai :)




thanks.bubye.tata.

Wednesday, April 17, 2013

Anak kucing

assalammualaikummmm.....


harini ika nak tulis ringkas je huu tak ada idea ika nak tulis ape huu.. korang ingat tak lagi ika ada cerita pasal kucing ika si marisa and tom tu.. ok sekarang ni ika dh ada 4 kucing termasuk marisa dan tom. lagi 2 namenye ciko sebab apa panggil macam tu sebab badan dia tuff gila huu.. kucing pun badan tuff gak ok. dia dah matang habis dah ciko ni. ika boleh terbela dia sebab dia datang kat rumah ika time dia lapar. sangat lah jinak kucing jantan ni. bila ika dukunk dia ika perasan yang kaki dia berlubang kene gigit anjing rasenye huu  kesian gile ika tengok time tu huu.. ika pun letak lah ubat gamat kat kaki dia. atlast selalu dia datang rumah ika. so ika bele lah huuu.. jup jup ika dah lari tajuk huu.. tapi ada kaitan dengan kucing gak kan huu tak peabaikan heee..



anak kucing ok! yang lagi 1 pulak anak kucing... marisa baru bersalin hari isnin haritu. pukul 5 pagi pulak huu. dua hari sebelum marisa bersalin dia dh tunjukkan yang di nak bersalin. dia duduk tak diam asik bising je huu. penyudahnye kemarin dia beranak. sekor je huu dalam sangkar dia. pastu pukul 5 petang pulak lagi sekor tapi tu mati huu. lemas kowt rasenye. time tu ika tak ada dekat rumah ika tengah kerje. so tinggal lah sekor warna putih.. comel sangat namenye Qasha huu. adik ika yang bagi name dia. 



soini lah marisa dan baby qasha comelkan huu.. geram sangat. marisa ni dia first time beranak so dia agak janggal bila beranak. langsung tak duduk diam and asik nak kene urut perut dia je si marisa ni huu..

maap la yek kualiti gambar handset je huu. ni lah marisa lepas bersalin sangat lah letih huu kecian dia. dia ni nak dikatakan asik berkepit bawah tiak ika je. kalau ika tinggal kejap nak mandi pun perh punye lah bising bunyiknye. huu malam pun dia tido dengan ika atas katil bila baby dia nangis baru dia pegi dekat anak dia.


ni lah keadaannye bila marisa sakit perot and nak di usap perutnye. ika kene usap perut dia dulu sampai dia tertido lepastu ika letak kain dekat perut dia supaya rasa macam ada orang pegang perut dia. baru lah boleh bangun senyap and lari huu. idak bising 1 rumah.

bila marisa beranak ni kan, ika rase kesian dengan tom. dia dengan marisa sanggat lah rapat. tom tak rapat dengan ciko sebab ciko ganas dan ika tak pernah kurung ciko sangko ta muat huu. tom bila ada marisa punye lah aktif nak mampus susah nak jumpe dia. tapi bila marisa tido bilik ika ni tom kene tido sorang dekat sangar lua huu. kesian dia selalu buat muke sedih dia. lagi satu tom dah tak aktif macam dulu sebab dia tak ada kawan baik huu. 




ni lah keadaan marisa dan tom sebelum marisa bersalin bukan main rapat lagi tau huu.

oklah ika tak tau nak tulis apa dah huu ika nak tdo kan marisa ni bye

thanks.bubye.tata.

Wednesday, April 10, 2013

oh my carrrr!!!!

assalammualaikumm...
hai fellasss....

ika still ta upload pic kerete ika and si sygg punye moto kan huu  nanti lah ok ika promis. ika tengah busy gile sekarang ni huu.. ta cukup rehat pun ad ni kadang kadang kat tempat kerje ika selalu tertido huu. 24 jam mengadap laptop je huu. 

okla ika nak straight to the point je ni huu, sakit hati ni masih terase lagi. semalam dalam pukol 2 petang ada orang langgar kereta ika.. whatttt!!!! kerete akuuuu.... ni lah ayat pertama yang ika sebut lepas denga kerete ika di hentam huh! semalam sebenarnya ika n si sygg balik rumah si sygg time tu rehat ok. si sygg nak balik sebabnak amik kasut rasmi dy. i mean kasut kulit hitam la sebab semalam sepatutnya kami ada kerje dekat veterina nak cek system huu 

si sygg ada dekat dalam kerete ika, sebab ika tak drive time tu ika ngantok sangat sangat. dalam masa yang sama ika masuk ke rumah si sygg nak amik barang dy tak sampai 1 minit ika denga berdentum. ika terkejot and tak sedap hati.ika dh takot ingat kan terok ke kerete langgar ke. sebab bunyi dy amatlah kuat huu. ika sayang kerete tu huuuu.. ika lari keluar ngan sebal hati gile. terus mengamuk kat budak sekolah yang bawak motor tu huh! budak indu lak tu. kalau korang tengok motor dy memang tak layak berjalan motor dy tau semuanya dah tertanggal ta de yang boleh di pakai. dengan road tax dah mati 3 tahun dulu aduhhh! langsung ta dapat claim insuran.

menangis nangis ika tengok kerete ika.. ika sayang gile kerete tu huu duit ika sendiri ika beli tu huu. budak ni tak ada lesennye dengan ic pun tak bawak. gerrrrrr..... dy boleh salah kan kita park tak betol bendenye kite park depan rumah and jalan bukan main besar lagi tau. bendenye mate dy yang kelain. boleh bawak motor pandang belakang memang berdentum kerete aku hu. walau pun just bumper koyak bukan senang nak cari bumper baru tu tau gile! huh! bengangnye huuu. dah kene tinggalkan kerete dekat perodua 2 bulah huu.. i'll miss my car so much hurm... ika baru cadang tak nak bg calar sikit pun dalam setahun ni baru sebulan ada orang langgar. memang tahap bebal gila indu tu huuu... sabo jela ika ok..

oklah ika dah tah nak cite panjang panjang. macam biasa nanti ika upload pic ok huu...

tata.. 

thanks.bubye.tata.

Friday, March 29, 2013

it been soooo long.....

hai fellasss...
assalammualaikumm....

agak lama jugak kan ika tak update blog ni kan huu. almaklumlah ika tengah buzy gile ni huu.. sekarang tengah practikal dan berlambak lah kerje yang nak di siapkan. and my lapy ni si sygg yang hold dy nak pakai hee. dy punye pc ada di offis ni huu. ika banyak bende nak di ceritakan ni sebebarnya huu... ika nak cite pun agak berjele gile gile huu. so boleh ta ika nak make it short?? hee ok lets beginnn....

1. Bowling tournament

okayh.. ni paling latest skali. minggu lepas ika ada tournament bowling with normal group lah. sir pet, syakir and si syg ika. for this sem kami dapat tempat ke 5 je. huu sebab nye saje je ta kan nak juara lagi. kami masuk tournament ni pun ramai bising nape kami masuk lagi. ni pun kami menang tempat ke 5 pun ramai sebut mase amik hadiah group ni lagi menang huu tak pelah huuu. dyorang jeles lah tu kan kan. 

yang pentingnye ika still lagi juara bertahan perempuan sem ni hahahah. tapi kan tu lagi ramai tak puas hati. hellloooo.... jangan salah kan ika okey. korang yang anak dara yang ta nak main betol betol/ tu kire cikai la ika main tau. paling low markah ika dah bagi tok korang menang tapi tak de gak nak mainbertol betol.. bila ika menang pandang atas bawah tak puas hati. you know what do i care with you. hei! im your senior ok! huh! sabojelah ika... ta pe dh lepas pun heee... 

sebenarnya minggu ni ika di hantar oleh lecturer ke tournament bowling dekat Kuala Lumpur, tapi ika tolak sebab si sygg ika sekaran tengah tak sihat. almost 3 week dy sakit tak berhenti huu.. mulanya dy demam terok sangat. so sad...ika terpaksa abaikan impian ika tok si sygg hee sweet tak sweet tak? haha gedikkk! tu je pasal bolong malas nak panjang a huu..\\

2. i got my own carrr...

yup yup.. ika dah ada kerete sendiri hee bummble bee lagi tu tau heee. ika beli myvi se kuning heee. dah almost 1 month ika pakai kereta ni huu. ika nak tunggu duit nak makeup kerete ni jadi bumblee bee hahak! amik kau ingat laki je boleh buat ke heee.. cakap pasal bumble bee ni kan. si sygg ika pun ada 1. tapi dy bukan kerete, dy motor. hee habis motor LC dy make up. dah tak ada rupe LC pun huu. tinggan belakang je  LC laik X1R. so smart i like it. huu so kami ada bumble bee hee. dh tu je hee.

ika rasa tu je nak cakap kowt huu. ok lah
nak gambar nanti-nanti ika upload tak janji bila huu

tata...(.^_^.)

thanks.bubye.tata.

Thursday, January 17, 2013

wow! supriseeee....

assalamualaikum....
haiii fellasss...

huu ika nak update blog secara ringkas je huuu.. haritu selasa (15/1/2013) ika dengan si sygg sibuk berkerja. dan kami pegi break kejap lapo sle huuu....si sygg bukak facebook dekat handphone dy and nampak sir kami tag sumting. bila tengok sir kami tag ini 


my sygg masuk paper huuu (KOSMO!) terkejut gak huu tak sangke dy pun masuk paper. ika pun pernah masuk paper tapi tak ada pic pun just ada nama ika je huu. im proud of him. dulu ika pernah update pasal si sygg menang juara dalam pertandingan video kan. so ini lah dy salah satu artikel tentang kemenangan dy and my friends.....congrates guysss (si sygg, akir and mail) im proud be your friends. so guys keep it up. and gud luck in every challenge. and sygg ika akan sentiasa sokong dari belakang. 

sambung cerita tadi....lepas makan kami terus pegi beli paper kosmo dekat kedai berdekatan huuu. kami terus bawak balik office sambil sembunyikan paper tu. kononnye nak sorok dari officemate tau la kan... last skali ramai which congrates kat si sygg huuu. aku yang over bangge, si sygg jus malu malu je huuu. so korang tunggu apa lagi. dalam paper ni ahli FOS (funsone studio) so korang grab la pakage video and photography yang tengah promosi ni huu. 

oklah thats all
tata (.^_^.)

thanks.bubye.tata.

Tuesday, January 08, 2013

2nd day at work place

Assalamualaikummm.....
Haiii fellasss.....

dah lama ika tak update blog huu kesulitan berlaku, internet kat rumah ika buat hal lagi lah. ika nak update blog pasal holiday dengan family pun tak dapat huuu. harini baru lah ika dapat update blog yang berhabuk sikit je ni heee. ni pun ika update kat tempat kerje, amik peluang nak update. kerje ika dah selesai okayh tu yang ika boleh online. lagi pun harini kat offis ni tak ramai orang macam semalam. semalam serabut pejabat ni ramai orang. yela first day in this week ramailah orang. harini 3 orang outstation, 2 orang cuit, so dalam offis ni ada 3 orang je. okay dah! heee

ika keje dengan si sygg dalam 1 pejabat dannnnn sebelah menyebelah meje lak tu weeeee~~ heee mesti ramai pelik ika asik berkepit je ngan si sygg kan hee. ado den kisahh...wek! dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke kolej dan ke kerje pun ika still bersama dengan si sygg. bak orang cakap kalau ada sorang yang lagi sorang mesti ada, macam magnet lah mesti melekat je huu nak pisah kan pun susah. Dont ever trying to separate us ok! huuu. 

si sygg skunk ni tengah busy dengan kerje dy yang tak siap lagi sambil tengok video marron5. Rajin rajin heee. sayanggg keje leklok nanti tak dapat elaun heee. dalam offis ni gawat huuu second boss (kak yun) pasang radio era sambil tu kami semua menyanyi heee. kerje kat sini sangat santai gile. nak keluar bila bila pun boleh hee bukan pejabat kerajaan kene ikut jadual huu. kami ikot dan jela nak makan bila nak buat keje ke tak nak, nak tido pun boleh tapiiii janji kerje siap tu je huuu. 

owh yee...pasal holiday dengan family tu nanti ika update ok! tak ada masa lagi sekarang ni huu. ni pun tengah tak de kerje boleh la update jup huu. tunggu kerje menimbun hahak! bosannn tak tau nak buat ape dah huu. si sygg pun banyak kerje huu. ok lah ika dah tak tau nak tulis pe dah. kalau ada pic tat tempat kerje ni ika update. insyaallahh....

daaaaa... (.^_^.)

thanks.bubye.tata.

Copyright reserved atiqah.hafizzie.ikami