Current Update:
ready to work....

Sunday, September 08, 2013

all about my baby -part 1

assalammualaikum...
hai fellass....

fuhhh! agak berzaman dah ika tak update blog ni kan. sampaikan laptop ika pun dah berhabuk heee. tak ada masa nak mengupdate blog dah huu.

ok ika nak straight foward je sekarang huu.. jangan lah terkejut dengan tajuk ika harini. ika nak cakap pasal kucing ika tu lah baby ika. ika tak kawin lagi tak kan lah ada anak dah heee. 

ok...

sebenar-benarnya ika dah ada 7 ekor kucing sekarang ni. tapiiiii....tinggal 3 je huuu sedihnyee... nak tau kenape tunggu ika nak cerita pasal seko-seko ok heee...

Firsttt.....



TOM

ika pernah cerita pasal kucing ika yang ini kan. si manje ni hee. tengok la tu katil ika pun dah jadi katil dy tau. tidor macam orang tue. sedangkan tilam sendiri ada tu kat pic yang pertama tu tilam dy. time ni dah sejam dy tido nyenyak sangat sangat. tapi ika suke kacau dia. ika tak sentuh dy pun ok nak kacau. hahaha. care ika kacau dy tido TANGKAP GAMBAR dy tengah tido. ni ada 3 picture kan  maknenye 3 kali ika tangkap pic dy. tiap kali ika tangkap pic dy akan bangun dan marah sangat bising huu. seminit kemudian dy tido balik ika tangkap lagi, dy bangun lagi heee. jahat tak hee.. dy boleh tau kita tangkap pic dy tengah tidur sebab encet ika bila tangkap pic akan bunyi kamera la kan so dy terjaga hee.. that the best story..

now bad news time huu...



did you saw what was on it face huu. itu luka yang dah kering. ika tak nak letakkan pic luka yang teruk masih fresh. ika pun dahbuang pic tu sedih tengok sampai mengis tenok dean mata masa muka dy berdarah meleleh huu. nak tau kenapa ni? huuu. dy di langgar moto yang tak berperikemanusiaan. anjing pun ada atas jalan tu dy tak langgar anak kesayangan ikani jugak dy nak langgo.. nasib ika tak nampak sape yang langgo dy idak kena lah akibatnya huuu. time dy kena ni ika langsung tak perasaan and time tu ika tengah kelam kabut nak keluar dengan famili pegi tengok adik ika dekat asrama. hari sabtu kan huu. ika perasan pun mama yang cakap. ika tengan buzy simpan kucing yang lain sebab baby kucing* and tak perasan tom duduk dalam sangko dy sangat diam.

Mama : hai tomm... akak tak keluarkan tom ke?
Ika : tak de lah dia keluar je, tengok sangkar tak de dy kan.
Mama : habis tu dy tak keluar sangkar kenapa?
Ika : ha! yeke.. (baru perasan..sambil kelam kabut simpan anak kucing)
Mama : kenapa mata tom merah tu?
Ika : merah? (jeng...jeng...jeng)
Ika : Yaallah anak aku.... (tahan air mata) macam mana leh jd macam ni syg...

tom tutup muka dy dari ika huu... sambil mengesat air liur dy meleleh tahan kesakitan... ika tutup pintu sangkar dy dan biar dy urus kan dulu luka dia dan ika masuk dalam kereta terus gerak. seoanjang perjalanan ika menangis dalam kerete huu. sedihhhh... ika ta sanggup tengok dyorang luka walaupun sikit huu. so ika tak sempat nak bawak dy pergi kelinik sabtu tu. ika bawak dy hari isnin, tapiiiii....perh! beratuh sangat panjang huuu. so ika bawak lah tom ke klinik hari selasa. doktor cakap....

"dy ni kene langgar ni bukan aduh, kalau gaduh kulit tak tertanggal, kulit tertanggal makne kene sagat"

ika dah sedih balik huuuu... tanye dy kenapa air liur asik meleleh and mulut dy tak boleh rapat, dah 4 hari tak makan. doktor cek and cakap....

"owhhh...rahang dy dah lari ni sebelah dah naik atas, sebab tu dy tak boleh makan"

so tom pun di cucuk 2 kali huu. nasib lah ada si sygg ika yang tembam itot huu. dy lah jadi mangsa ika. haritu dy jadi PA ika pulak for the first time hee..selama ni ika PA dy hee. lepas cucuk doktor cakap....

"kalau dy tak boleh makan lagi 2 minggu, bawak balik ke sini kita akan tanggalkan 1 gigi taring dy lah"

huu aku yang cakap tak nak kat doktor tu huuu... so bila balik aku letak tom dalam sangkar balik terus dy makan. dy pun tau doktor nak cabut gigi dy hee.. good boy tom heee. finally sekarang tom dah sihat, luka dah kering just mulut dy je senget sikit. tapiiiii....tetap comel. tom sangat senang nak di suap ubat huuu.. ubat dia pun dah habis.... esok dy dah boleh start main balik. yeahhh! hee aku yang suke... yela ika jenis yang tak suka tinggal kan kucing-kucing ika sendirian dekat rumah bila tengah sakit. ika sanggup tak keluar rumah dan menghadap dyorang 24 jam huuu. sampai mama ika cakap....

"akak ni sanggup jage anak-anak dy, nanti tak susah lah bila ada anak sendiri... jaga kucing macam ni Allah bagi rezki melimpah nanti"

huu sampai kesitu pulak mama ika, pasal rezeki tu alhamdulillah la kalau betul....amminnn...

so sini je cite pasal tom. pasal kucing lain ika sambung page lain. sebab entri ni pun dah panjang berjele huu..ika nak pegi tengok anak-anak ika dulu sebelum sambung tulis ok...
tunggguuuuu.......


thanks.bubye.tata.

No comments:

Copyright reserved atiqah.hafizzie.ikami